Kerjaya kelab Djibril_Sidibé

Kerjaya awal

Djibril Sidibé beraksi di posisi pertahanan tetapi beliau juga digunakan untuk posisi pemain tengah. Beliau memulakan kerjayanya untuk kelab kampung halamannya, Troyes pada tahun 2000 semasa berusia lapan tahun.[4] Sidibé melakukan penampilan sulungnya untuk kelabnya ketika musim 2009–10 semasa kelab itu mengambil bahagian dalam kejohanan Championnat National iaitu divisyene ketiga Perancis. Beliau melakukan penampilan sulungnya pada 17 September 2010 dalam perlawanan liga menentang Grenoble.[5]

Lille

Selepas membantu Troyes untuk layak ke Ligue 1, Sidibé yang pada masa itu berusia 19 tahun menyertai Lille pada Julai 2012 sebagai pilihan kedua selepas Mathieu Debuchy.[6] Sidibé melakukan penampilan sulungnya untuk Lille pada 25 Ogos 2012 dalam aksi menentang Nice. Perlawanan itu juga menandakan penampilan pertamanya dalam saingan Ligue 1 dan ia diserikan dengan jaringan gol Sidibé yang menyamakan kedudukan permainan 2-2 pada minit ke-59.[7][8] Dalam aksi peringkat kumpulan Liga Juara-Juara UEFA 2012-13 menentang BATE Borisov di Minsk pada 20 November, Sidibé membantu Lille untuk menebus kekalahan pasukannya kepada Borisov pada perlawanan lalu dengan merembat padu jaringan gol dari jarak jauh. Sidibé kemudiannya telah dibuang padang pada separuh masa kedua kerana melakukan kekasaran kedua tetapi Lille tetap mengukir kemenangan dalam permainan itu 2-0 sekali gus menjadikan satu-satunya mata yang diraih dalam kempen Liga Juara-Juara itu.[9]

Sidibé menjaringkan gol penyamaan permainan sewaktu menentang Paris Saint-Germain dalam perlawanan akhir Piala Liga Perancis namun Paris menang 2-1.

Monaco

Pada 8 Julai 2016, Sidibé melakukan perpindahan ke AS Monaco dengan menandatangani kontrak selama lima tahun.[10] Pada 22 November, Sidibé menanduk masuk hantaran lintang daripada Benjamin Mendy untuk menjaringkan gol pertama Monaco pada minit ke-48 dan beliau juga membantu jaringan gol Thomas Lemar bagi membolehkan Monaco menumpaskan Tottenham Hotspur 2–1 di laman sendiri dalam aksi peringkat kumpulan Liga Juara-Juara sekali gus memastikan Monaco menduduki tangga teratas Kumpulan E pada 7 Disember.[11]

Semasa musim pertamanya di Monaco, Sidibé memainkan peranan penting yang mengesahkan kejuaraan Ligue 1 buat kali pertama dalam masa 17 tahun dan beliau telah disenaraikan ke dalam Pasukan Terbaik Tahunan UNFP Ligue 1.[12]

Everton

Pada 7 Ogos 2019, Sidibe menyertai kelab Liga Perdana Inggeris, Everton secara pinjaman selama satu musim penuh. Rundingan itu termasuklah pilihan untuk melakukan perpindahan kekal pada penghujung tempoh pinjaman.[13]

Rujukan

WikiPedia: Djibril_Sidibé http://www.asmonaco.com/fr/article/djibril-sidibe-... http://soccernet.espn.go.com/news/story/_/id/11269... http://www.ligue1.com/ligue1/feuille_match/75943 http://www.national-football-teams.com/v2/player.p... http://www.uefa.com/uefachampionsleague/season=201... http://www.uefa.com/uefachampionsleague/season=201... http://sport24.lefigaro.fr/football/equipe-de-fran... http://sport24.lefigaro.fr/football/ligue-1/fil-in... http://www.lest-eclair.fr/index.php/cms/13/article... http://www.lfp.fr/ligue2/feuilleMatch.asp?saison=2...